Kajian telah dijalankan untuk menguji keberkesanan Oligochitosan pada pokok cili. Kajian telah dijalankan oleh seorang pengusaha tanaman pokok cili bernama En. Azhar Hamzah di kebun beliau sendiri di Kota Tinggi, Johor. Antara masalah besar yang sering dihadapi oleh kebanyakan petani-petani yang menanam pokok cili adalah masalah serangan mozek. Disamping itu, pokok cili juga turut diserang trip, afid, lalat putih, hamama, bakteria dan kulat. Oleh itu, Oligochitosan telah digunakan untuk mengatasi masalah tersebut.
Kadar penggunaan Oligochitosan:
2ml Oligochitosan + 1000ml Air
Teknik-teknik penggunaan Oligochitosan:
- Campuran seperti diatas disembur pada atas dan bawah daun ataupun batang pokok cili.
- Semburan dilakukan pada waktu tengah hari di mana cuaca panas. (serapan lebih tinggi pada waktu panas)
- Semburan yang lebih teliti dan banyak pada daun atau batang yang bermasalah.
- Semburan Oligochitosan dilakukan 1-2 kali seminggu.
|
Gambar 1 |
Gambar 1 menunjukkan pokok cili yang telah diserang penyakit mozek. Gambar diambil pada 2hb Oktober 2011 dan pokok telah disembur dengan Oligochitosan. Pemerhatian: Daun kelihatan kekuningan (tidak sihat) dan mengerinting.
|
Gambar 2 |
Gambar 2 diambil pada 3hb Oktober 2011. Pemerhatian: Daun mula menunjukkan kesan positif kerana kelihatan lebih hijau dan segar selepas disembur dengan Oligochitosan.
|
Gambar 3 |
Gambar 3 diambil pada 7hb Oktober 2011. Pemerhatian: Daun semakin menghijau tetapi bunga masih gugur selepas 6 hari dirawat dengan Oligochitosan.
|
Gambar 4 |
Gambar 4 diambil pada 13hb oktober 2011. Pokok telahpun disembur dengan Oligochitosan buat kali ke-3. Pemerhatian: Kesan positif mula kelihatan iaitu daun semakin cantik, dahan baru kelihatan sihat dan subur. Tetapi, putik masih gugur setelah 11 hari dirawat dengan Oligochitosan.
|
Gambar 5 |
Gambar 5 diambil pada pukul 6 petang, 15hb Oktober 2011. Gambar diambil 13 hari selepas dirawat dengan Oligochitosan.
|
Gambar 6
|
Gambar 6 diambil pada pukul 2 petang 22hb Oktober, 2011 dan pokok telah dirawat dengan Oligochitosan selepas 20 hari (4 kali semburan). Pemerhatian: Pokok bertambah sihat dengan keadaan daun muda semakin cantik, daun tua semakin menghijau, bunga mekar dan tiada lagi masalah keguguran.
|
Gambar 7 |
Gambar 7 diambil pada 29hb oktober, 2011 dan pokok dirawat dengan rawatan Oligochitosan (250ml siraman dan 5 kali spray didalam tempoh 27 hari) pada pokok yang telah diserang virus yang menyebabkan mozek (sel pecah oleh virus ToMv , TMV dll). Pemerhatian: Bunga tidak gugur dan mula berputik. Trip, Afid dan White fly: Tiada tanda serangan Hamama: Perlukan semburan kimia.
|
Gambar 8 |
Gambar 8 diambil pada 5hb November, 2011
|
Gambar 9 |
Gambar 9 diambil pada 8hb November, 2011. Pemerhatian: Buah sudah mula tumbuh dengan banyak, daun masih kelihatan kekuningan tetapi kelihatan lebih sihat segar.
Tanaman yang dijangkiti mozek tidak perlu dibuang kerana masih mampu mengeluarkan hasil dan tidak menjangkiti tanaman cili sihat yang dewasa atau anak benih. Daun baru masih mozek tapi hijau. Buah lurus dan bunga kurang gugur.
Kesimpulan:
Oligochitosan berjaya mengurangkan masalah mozek pada pokok cili tanpa menggunakan sebarang racun kimia. Disamping itu, kos penggunaan racun kimia dapat dikurangkan seterusnya menjimatkan lagi kos penanaman cili. Malah, disebabkan ciri-ciri Oligochitosan yang dihasilkan daripada bahan asa yang bio-organik serta mesra alam, petani-petani tidak perlu lagi memakai alat keselamatan semasa penyemburan kerana Oligochitosan tidak memberikan kesan yang memudaratkan ke atas penyembur semasa semburan dilakukan. Oligochitosan juga merupakan salah satunya produk keluaran Malaysia dan merupakan hasil kajian pakar-pakar penyelidik dari Malaysia.
Untuk maklumat lanjut mengenai kajian ini sila hubungi En. Azhar Hamzah
Email: azhar_fertigasi@yahoo.com
Tel: +016 2225062