CATEGORIES

Showing posts with label TESTIMONIAL. Show all posts
Showing posts with label TESTIMONIAL. Show all posts

Monday, 16 July 2012

OLIGOCHITOSAN PADA TISU KULTUR ANAK POKOK NENAS / OLIGOCHITOSAN ON PINEAPPLE PLANTLET TISSUE CULTURE

Suatu kajian telah dilakukan untuk menunjukkan keberkesanan Oligochitosan pada tisu kultur anak pokok nenas. Kajian dibuat berdasarkan kepekatan oligochitosan yang berbeza-beza yang digunakan pada anak pokok tersebut seperti berikut:-

A research has been carried out to seek the effectiveness of Oligochitosan on pineapple plantlets using tissue culture methods. The research were carried out using different types of concentrated Oligochitosan which are :- 


Kawalan/Control
Tanpa Oligochitosan
Without Oligochitosan

40ppm
2ml Oligochitosan + 1000ml Air
2ml Oligochitosan + 1000ml Water

60ppm
3ml Oligochitosan + 1000ml Air
3ml Oligochitosan + 1000ml Water

100ppm
5ml oligochitosan + 1000ml Air
5ml oligochitosan + 1000ml Water





2 minggu selepas rawatan dengan Oligochitosan / 2 weeks after treament with Oligochitosan

Graf pertumbuhan anak pokok baru selepas rawatan 


KESIMPULAN
  • Oligochitosan dapat mempercepatkan pertumbuhan pokok.
  • Oligochitosan juga dapat meningkatkan imuniti pokok di mana pokok dapat bertahan selepas dipindahkan ke ladang.

CONCLUSION
  • Oligochitosan aids in promoting an extra boost to the growth of the plantlets.
  • Oligochitosan helps to increase the imunity of the plantlets thus helping it to sustain from infections after being transferred to the farm.

Friday, 6 July 2012

OLIGOCHITOSAN PADA POKOK TIMUN / OLIGOCHITOSAN ON CUCUMBERS

Oligochitosan digunakan pada timun bertujuan:-

  • Mengatasi masalah serangan mozek, pangkal akar mereput dan kulat.
  • Menggantikan penggunaan racun kimia.

Reasons of using Oligochitosan on cucumbers:-

  • To overcome mosaic, rotten roots and fungus.
  • Replacing the use of chemical pesticides.

Kadar Penggunaan

2ml Oligochitosan + 1000ml Air


Precise usage

2ml Oligochitosan + 1000ml Water


Gambar 1 /  Picture 1

Gambar 2 / Picture 2
Gambar 1  dan Gambar 2 – menunjukkan daun pokok timun yang telah menghidapi penyakit mozek.
Pemerhatian: Daun kekuningan menyebabkan pokok menjadi tidak sihat.

Picture 1 and Picture 2 - shows the leaves of a cucumber plant that was infected by a virus called Mosaic.
Observation: The yellowish leaves leads to an unhealthy plant.

Gambar 3 / Picture 3

Gambar 3 – Daun pokok timun yang dikena serangan kulat terutama semasa musim hujan.

Picture 3 - An infected cucumber leaf caused by fungal attack during the flood seasons.

Gambar 4 / Picture 4

Gambar 5 / Picture 5

Gambar 4 – 5% - 50% pokok timun dijangkiti mozek
Gambar 5 – Pokok yang terkena penyakit mozek sebahagiannya berjaya dipulihkan selepas dirawat dengan Oligochitosan. Pokok bebas daripada sebarang racun kimia.

Picture 4 - 5%-50% of cucumber plants are mostly infected by mosaic
Picture 5 - mostly all the infected can be cured after applying Oligochitosan. The plant is free from chemical pesticides which makes it fully organic.



Kesimpulan:

·         Penggunaan Oligochitosan dapat mengurangkan masalah penyakit mozek pada pokok timun.
·         Pokok dan buah 100% bebas daripada racun kimia kerana oligochitosan berjaya meningkatkan keimunan pokok.
·         Kos dapat dikurangkan kerana penggunaan racun kimia sangat bahaya dan mahal. 

Conclusion:
  • By using Oligochitosan on cucumber plants, it decreases the risk of mosaic.
  • Plant and fruit are 100% free from chemical pesticides because Oligochitosan increases the plant's imunity system.
  • Cost saving - reducing the usage of chemical pesticides which are dangerous and expensive.
T




Sunday, 8 April 2012

OLIGOCHITOSAN PADA TANAMAN KACANG PANJANG / OLIGOCHITOSAN ON GREEN BEANS

Oligochitosan telah digunakan pada tanaman kacang panjang bertujuan: 
  • Mengurangkan masalah penyakit yang dipanggil "penyakit karat" pada kacang panjang.
  • Mengurangkan penggunaan racun kimia.
  • Menjimatkan wang dan tenaga.
  • Kesihatan pekerja terjamin kerana Oligochitosan merupakan produk mesra alam.
Oligochitosan was used on green beans for the purpose of:
  • Solving the problem of infected green bean plants which were infected by a disease called "rust disease".
  • Decreasing the use of chemical pesticides.
  • Saving money and energy.
  • Ensuring good health for workers because Oligochitosan is a product which are very friendly to the environment.
PEMERHATIAN:


Menurut En. Azhar Hamzah, seorang pengusaha tanaman sayur-sayuran. Beliau dapati bahawa  selepas 14 hari anak benih pokok kacang panjang dipindahkan ke ladang, didapati 100% pokok kacang panjang  mengalami penyakit karat. Selepas seminggu dirawat dengan oligochitosan dengan hanya sekali semburan telah menampakkan pemulihan 100 %.


Kadar Penggunaan Oligochitosan:


2ml Oligochitosan + 1000ml water


OBSERVATIONS: 


According to Mr. Azhar hamzah, an entrepreneur in vegetable farming. He said that 100% of the green beans seedlings were infected by rust disease after 14 days being transfered into the fields. After being sprayed once with Oligochitosan, a week after that, the seedlings showed a 100% recovery.


Precise usage of Oligochitosan:




2ml Oligochitosan + 1000ml Water


Picture 1

Picture 1 menunjukkan daun kacang panjang yang telah diserang penyakit karat. Didapati daun berbintik-bintik dan kekuningan (tidak sihat)


Picture 1 is an example of a green bean leaves that are infected by rust disease. The picture shows spotted yellowish leaves (not healthy)




Picture 2


Picture 2 - Seminggu selepas dirawat dengan Oligochitosan, daun mula menghijau.


Picture 2 - The leaves are getting greener after a week of being treated with Oligochitosan.




Picture 3


Picture 3 - Tiada lagi masalah daun berbintik dan pokok menjadi lebih sihat selepas dirawat dengan Oligochitosan.


Picture 3 - No more spots on leaves and the plant is getting healthier. 




Picture 4


Picture 4 - Oligochitosan disembur pada pokok kacang panjang. Disebabkan ciri-ciri oligochitosan yang mesra alam, penyembur tidak memerlukan alat keselamatan semasa penyemburan.


Picture 4 - Spraying Oligochitosan on green beans. Because of the characteristic of oligochitosan which is environmental friendly, you do not have to use safety equipments during spraying.





KESIMPULAN
  • Penggunaan Oligochitosan pada pokok kacang panjang banyak memberi kesan yang positif iaitu selepas dirawat dengan Oligochitosan masalah penyakit karat dapat diatasi sepenuhnya.
  • Tiada penggunaan racun kimia pada pokok di mana Oligochitosan sahaja sudah cukup kerana ia berfungsi untuk mengatasi masalah penyakit.
  • Menjimatkan kos kerana harga racun kimia sangat mahal.
  • OIigochitosan tidak membahayakan pekerja yang menyemburkan racun tersebut.


 CONCLUSION

  • The use of Oligochitosan on green beans shows a positive impact because it helps to overcome the rust disease.
  • No use of chemical pesticides because of using only Oligochitosan can help to overcome any infected disease on plants.
  • Cost saving because chemical pesticides are very expensive.
  • Oligochitosan is safe to use without wearing any protection gear during spraying.






Tuesday, 20 March 2012

PENGGUNAAN OLIGOCHITOSAN PADA POKOK CILI

Kajian telah dijalankan untuk menguji keberkesanan Oligochitosan pada pokok cili. Kajian telah dijalankan oleh seorang pengusaha tanaman pokok cili bernama En. Azhar Hamzah di kebun beliau sendiri di Kota Tinggi, Johor. Antara masalah besar yang sering dihadapi oleh kebanyakan petani-petani yang menanam pokok cili adalah masalah serangan mozek. Disamping itu, pokok cili juga turut diserang trip, afid, lalat putih, hamama, bakteria dan kulat. Oleh itu, Oligochitosan telah digunakan untuk mengatasi masalah tersebut.


Kadar penggunaan Oligochitosan:

2ml Oligochitosan + 1000ml Air

Teknik-teknik penggunaan Oligochitosan:

  • Campuran seperti diatas disembur pada atas dan bawah daun ataupun batang pokok cili.
  • Semburan dilakukan pada waktu tengah hari di mana cuaca panas. (serapan lebih tinggi pada waktu panas)
  • Semburan yang lebih teliti dan banyak pada daun atau batang yang bermasalah.
  • Semburan Oligochitosan dilakukan 1-2 kali seminggu.
Gambar  1 
Gambar 1 menunjukkan pokok cili yang telah diserang penyakit mozek. Gambar diambil pada 2hb Oktober 2011 dan pokok telah disembur dengan Oligochitosan. Pemerhatian: Daun kelihatan kekuningan (tidak sihat) dan mengerinting. 

Gambar 2
Gambar 2 diambil pada 3hb Oktober 2011. Pemerhatian: Daun mula menunjukkan kesan positif kerana kelihatan lebih hijau dan segar selepas disembur dengan Oligochitosan.

Gambar 3
Gambar 3 diambil pada 7hb Oktober 2011. Pemerhatian: Daun semakin menghijau tetapi bunga masih gugur selepas 6 hari dirawat dengan Oligochitosan.

Gambar 4
Gambar 4 diambil pada 13hb oktober 2011. Pokok telahpun disembur dengan Oligochitosan buat kali ke-3. Pemerhatian: Kesan positif mula kelihatan iaitu daun semakin cantik, dahan baru kelihatan sihat dan subur. Tetapi, putik masih gugur setelah 11 hari dirawat dengan Oligochitosan.

Gambar 5

Gambar 5 diambil pada pukul 6 petang, 15hb Oktober 2011. Gambar diambil 13 hari selepas dirawat dengan Oligochitosan.



Gambar 6
Gambar 6 diambil pada pukul 2 petang 22hb Oktober, 2011 dan pokok telah dirawat dengan Oligochitosan selepas 20 hari (4 kali semburan). Pemerhatian: Pokok bertambah sihat dengan keadaan daun muda semakin cantik, daun tua semakin menghijau, bunga mekar dan tiada lagi masalah keguguran.

Gambar 7

Gambar 7 diambil pada 29hb oktober, 2011 dan pokok dirawat dengan rawatan Oligochitosan (250ml siraman dan 5 kali spray didalam tempoh 27 hari) pada pokok yang telah diserang virus yang menyebabkan mozek (sel pecah oleh virus ToMv , TMV dll). Pemerhatian: Bunga tidak gugur dan mula berputik. Trip, Afid dan White fly: Tiada tanda serangan Hamama: Perlukan semburan kimia.

Gambar 8

Gambar 8 diambil pada 5hb November, 2011

Gambar 9

Gambar 9 diambil pada 8hb November, 2011. Pemerhatian: Buah sudah mula tumbuh dengan banyak, daun masih kelihatan kekuningan tetapi kelihatan lebih sihat segar.


Tanaman yang dijangkiti mozek tidak perlu dibuang kerana masih mampu mengeluarkan hasil dan tidak menjangkiti tanaman cili sihat yang dewasa atau anak benih. Daun baru masih mozek tapi hijau. Buah lurus dan bunga kurang gugur.

Kesimpulan:

Oligochitosan berjaya mengurangkan masalah mozek pada pokok cili tanpa menggunakan sebarang racun kimia. Disamping itu, kos penggunaan racun kimia dapat dikurangkan seterusnya menjimatkan lagi kos penanaman cili. Malah, disebabkan ciri-ciri Oligochitosan yang dihasilkan daripada bahan asa yang bio-organik serta mesra alam, petani-petani tidak perlu lagi memakai alat keselamatan semasa penyemburan kerana Oligochitosan tidak memberikan kesan yang memudaratkan ke atas penyembur semasa semburan dilakukan. Oligochitosan juga merupakan salah satunya produk keluaran Malaysia dan merupakan hasil kajian pakar-pakar penyelidik dari Malaysia. 


Untuk maklumat lanjut mengenai kajian ini sila hubungi En. Azhar Hamzah

Email: azhar_fertigasi@yahoo.com
Tel: +016 2225062