Tuesday, 20 March 2012

PENGGUNAAN OLIGOCHITOSAN PADA POKOK CILI

Kajian telah dijalankan untuk menguji keberkesanan Oligochitosan pada pokok cili. Kajian telah dijalankan oleh seorang pengusaha tanaman pokok cili bernama En. Azhar Hamzah di kebun beliau sendiri di Kota Tinggi, Johor. Antara masalah besar yang sering dihadapi oleh kebanyakan petani-petani yang menanam pokok cili adalah masalah serangan mozek. Disamping itu, pokok cili juga turut diserang trip, afid, lalat putih, hamama, bakteria dan kulat. Oleh itu, Oligochitosan telah digunakan untuk mengatasi masalah tersebut.


Kadar penggunaan Oligochitosan:

2ml Oligochitosan + 1000ml Air

Teknik-teknik penggunaan Oligochitosan:

  • Campuran seperti diatas disembur pada atas dan bawah daun ataupun batang pokok cili.
  • Semburan dilakukan pada waktu tengah hari di mana cuaca panas. (serapan lebih tinggi pada waktu panas)
  • Semburan yang lebih teliti dan banyak pada daun atau batang yang bermasalah.
  • Semburan Oligochitosan dilakukan 1-2 kali seminggu.
Gambar  1 
Gambar 1 menunjukkan pokok cili yang telah diserang penyakit mozek. Gambar diambil pada 2hb Oktober 2011 dan pokok telah disembur dengan Oligochitosan. Pemerhatian: Daun kelihatan kekuningan (tidak sihat) dan mengerinting. 

Gambar 2
Gambar 2 diambil pada 3hb Oktober 2011. Pemerhatian: Daun mula menunjukkan kesan positif kerana kelihatan lebih hijau dan segar selepas disembur dengan Oligochitosan.

Gambar 3
Gambar 3 diambil pada 7hb Oktober 2011. Pemerhatian: Daun semakin menghijau tetapi bunga masih gugur selepas 6 hari dirawat dengan Oligochitosan.

Gambar 4
Gambar 4 diambil pada 13hb oktober 2011. Pokok telahpun disembur dengan Oligochitosan buat kali ke-3. Pemerhatian: Kesan positif mula kelihatan iaitu daun semakin cantik, dahan baru kelihatan sihat dan subur. Tetapi, putik masih gugur setelah 11 hari dirawat dengan Oligochitosan.

Gambar 5

Gambar 5 diambil pada pukul 6 petang, 15hb Oktober 2011. Gambar diambil 13 hari selepas dirawat dengan Oligochitosan.



Gambar 6
Gambar 6 diambil pada pukul 2 petang 22hb Oktober, 2011 dan pokok telah dirawat dengan Oligochitosan selepas 20 hari (4 kali semburan). Pemerhatian: Pokok bertambah sihat dengan keadaan daun muda semakin cantik, daun tua semakin menghijau, bunga mekar dan tiada lagi masalah keguguran.

Gambar 7

Gambar 7 diambil pada 29hb oktober, 2011 dan pokok dirawat dengan rawatan Oligochitosan (250ml siraman dan 5 kali spray didalam tempoh 27 hari) pada pokok yang telah diserang virus yang menyebabkan mozek (sel pecah oleh virus ToMv , TMV dll). Pemerhatian: Bunga tidak gugur dan mula berputik. Trip, Afid dan White fly: Tiada tanda serangan Hamama: Perlukan semburan kimia.

Gambar 8

Gambar 8 diambil pada 5hb November, 2011

Gambar 9

Gambar 9 diambil pada 8hb November, 2011. Pemerhatian: Buah sudah mula tumbuh dengan banyak, daun masih kelihatan kekuningan tetapi kelihatan lebih sihat segar.


Tanaman yang dijangkiti mozek tidak perlu dibuang kerana masih mampu mengeluarkan hasil dan tidak menjangkiti tanaman cili sihat yang dewasa atau anak benih. Daun baru masih mozek tapi hijau. Buah lurus dan bunga kurang gugur.

Kesimpulan:

Oligochitosan berjaya mengurangkan masalah mozek pada pokok cili tanpa menggunakan sebarang racun kimia. Disamping itu, kos penggunaan racun kimia dapat dikurangkan seterusnya menjimatkan lagi kos penanaman cili. Malah, disebabkan ciri-ciri Oligochitosan yang dihasilkan daripada bahan asa yang bio-organik serta mesra alam, petani-petani tidak perlu lagi memakai alat keselamatan semasa penyemburan kerana Oligochitosan tidak memberikan kesan yang memudaratkan ke atas penyembur semasa semburan dilakukan. Oligochitosan juga merupakan salah satunya produk keluaran Malaysia dan merupakan hasil kajian pakar-pakar penyelidik dari Malaysia. 


Untuk maklumat lanjut mengenai kajian ini sila hubungi En. Azhar Hamzah

Email: azhar_fertigasi@yahoo.com
Tel: +016 2225062


Monday, 5 March 2012

OLIGOCHITOSAN

Oligochitosan merupakan suatu produk yang digunakan dalam industri pertanian dan merupakan produk keluaran Malaysia yang pertama dan dihasilkan oleh penyelidik-penyelidik di Agensi Nuklear Malaysia. Oligochitosan merupakan suatu produk yang berbeza daripada produk-produk chitosan yang lain kerana kaedah penghasilannya berbeza iaitu Oligochitosan dihasilkan menggunakan teknologi terbaru iaitu teknologi sinaran radiasi. Maksud "OLIGOCHITOSAN" itu sendiri adalah "OLIGO" bermaksud zarah-zarah kecil/halus, manakala "CHITOSAN" merupakan bahan-bahan natural yang diekstrak daripada kulit udang dan kulilt ketam. Perbezaannya dapat dilihat kerana chitosan tidak larut di dalam air, tetapi chitosan dalam oligochitosan dapat dilarutkan di dalam air kerana telah melalui proses sinaran radiasi.

Kandungan yang terdapat di dalam Oligochitosan:


  • Serbuk Chitosan
  • Ethanol (95%)
  • Laktik Asid
  • Sodium Hydroxide
  • Hydrogen Peroxide
  • Auxin : Indol Acetic Acid (meningkatkan jumlah akar)
  • Sitokinin Kinetin & Zeatin (mengurangkan keguguran bunga)
  • Gibbrelin Acid (GA) - GA3, GA5 & GA7


Oligochitosan is a product made for the use of agricultural purposes and it is the first product made in Malaysia by the finest researchers from the Agency of Nuclear Malaysia. Oligochitosan is different from any other chitosan products in the market because of the way it is being made is by the use of a new technology called radiation. By the name itself, "OLIGO" means little or small particles and "CHITOSAN" is a natural waste material extracted by crabs an prawn shells. The differences between irradiated chitosan and normal chitosan can be seen when the medium is dissolved in water. The results show that irradiated chitosan dissolves in water and normal chitosans could not.

Ingredients inside Oligochitosan:-
  • Chitosan Powder
  • Ethanol (95%)
  • Lactic Acid
  • Sodium Hydroxide
  • Hydrogen Peroxide
  • Auxin : Indol Acetic Acid (increasing the volume of roots)
  • Sitokinin Kinetin & Zeatin (decreasing falling flowers)
  • Gibbrelin Acid (GA) - GA3, GA5 & GA7